KUALA LUMPUR, 12 Okt — Parlimen Indonesia akan membentuk sebuah pasukan khas untuk menyiasat dakwaan terbaru bahawa Malaysia merampas lebih 1,400 hektar tanah di kawasan Kalimantan Barat, demikian menurut laporan Jakarta Post hari ini.
Jakarta dan Putrajaya telah mengetepikan dakwaan bahawa Malaysia merampas tanah milik republik itu.
Kedua-dua kerajaan telah pun mengatakan bahawa tiada bukti wujudnya rampasan tanah di kawasan berhampiran dengan negeri Sarawak. Bagaimanapun menurut akhbar itu, ketua Parti Demokratik Perjuangan Indonesia (PDI-P) Tjahjo Kumolo mengumumkan penubuhan pasukan siasatan khas itu atas alasan ada asas kehilangan tanah milik negara itu.





